Bagan Datuk, Perak, 14 Ogos 2023 – Bagi mengiatkan penaman kelapa di Malaysia, MARDI bersama Malaysian Kuwaiti Investment Co Sdn. Bhd (MKIC) telah menjalankan perjanjian bersama dalam membangunkan 30 hektar penanaman benih kelapa hibrid MARDI di Tawau, Sabah. Melalui perjanjian bersama, MARDI akan memberi latihan secara teori dan hands on berkaitan kaedah penyediaan kawasan, kaedah penanaman, amalan agronomi serta pengurusan perosak dan penyakit dalam melaksanakan aktiviti melibatkan penanaman dan penjagaan tanaman. Khidmat nasihat secara berkala akan dilakukan oleh MARDI di samping pemantauan perjalanan aktiviti melalui majlis penyerahan dokumen perjanjian MARDI dan MKIC yang disaksikan oleh Dato’ Haji Mohd Zolkafly di majlis tersebut.